Saat itu tengah malam di kota Madinah.
Kebanyakan warga kota sudah tidur. Umar bin Khatab r.a. berjalan
menyelusuri jalan-jalan di kota. Dia coba untuk tidak melewatkan satupun
dari pengamatannya. Menjelang dini hari, pria ini lelah dan memutuskan
untuk beristirahat. Tanpa sengaja, terdengarlah olehnya percakapan
antara ibu dan anak perempuannya dari dalam rumah dekat dia
beristirahat. “Nak, campurkanlah susu yang engkau perah tadi dengan air,” kata sang ibu.
“Jangan ibu. Amirul mukminin sudah membuat peraturan untuk tidak menjual susu yang dicampur air,” jawab sang anak.
“Tapi
banyak orang melakukannya Nak, campurlah sedikit saja. Tho insyaallah
Amirul Mukminin tidak mengetahuinya,” kata sang ibu mencoba meyakinkan
anaknya.
“Ibu, Amirul Mukminin mungkin tidak mengetahuinya. Tapi, Rab dari Amirul Mukminin pasti melihatnya,” tegas si anak menolak.
Mendengar percakapan ini, berurailah air
mata pria ini. Karena subuh menjelang, bersegeralah dia ke masjid untuk
memimpin shalat Subuh. Sesampai di rumah, dipanggilah anaknya untuk
menghadap dan berkata, “Wahai Ashim putra Umar bin Khattab. Sesungguhnya
tadi malam saya mendengar percakapan istimewa. Pergilah kamu ke rumah
si anu dan selidikilah keluarganya.”
Ashim
bin Umar bin Khattab melaksanakan perintah ayahndanya yang tak lain
memang Umar bin Khattab, Khalifah kedua yang bergelar Amirul Mukminin.
Sekembalinya dari penyelidikan, dia menghadap ayahnya dan mendengar
ayahnya berkata,
“Pergi
dan temuilah mereka. Lamarlah anak gadisnya itu untuk menjadi isterimu.
Aku lihat insyaallah ia akan memberi berkah kepadamu dan anak
keturunanmu. Mudah-mudahan pula ia dapat memberi keturunan yang akan
menjadi pemimpin bangsa.”
Begitulah,
menikahlah Ashim bin Umar bin Khattab dengan anak gadis tersebut. Dari
pernikahan ini, Umar bin Khattab dikaruniai cucu perempuan bernama
Laila, yang nantinya dikenal dengan
Ummi Ashim.
Suatu malam setelah itu, Umar bermimpi. Dalam mimpinya dia melihat
seorang pemuda dari keturunannya, bernama Umar, dengan kening yang cacat
karena luka. Pemuda ini memimpin umat Islam seperti dia memimpin umat
Islam. Mimpi ini diceritakan hanya kepada keluarganya saja. Saat Umar
meninggal, cerita ini tetap terpendam di antara keluarganya.
Pada
saat kakeknya Amirul Mukminin Umar bin Khattab terbunuh pada tahun 644
Masehi, Ummi Ashim turut menghadiri pemakamannya. Kemudian Ummi Ashim
menjalani 12 tahun kekhalifahan Ustman bin Affan sampai terbunuh pada
tahun 656 Maserhi. Setelah itu, Ummi Ashim juga ikut menyaksikan 5 tahun
kekhalifahan Imam Ali bin Abi Thalib r.a. Hingga akhirnya Muawiyah
berkuasa dan mendirikan Dinasti Umayyah.
Pergantian
sistem kekhalifahan ke sistem dinasti ini sangat berdampak pada Negara
Islam saat itu. Penguasa mulai memerintah dalam kemewahan. Setelah
penguasa yang mewah, penyakit-penyakit yang lain mulai tumbuh dan
bersemi. Ambisi kekuasaan dan kekuatan, penumpukan kekayaan, dan korupsi
mewarnai sejarah Islam dalam Dinasti Umayyah. Negara bertambah luas,
penduduk bertambah banyak, ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang,
tapi orang-orang semakin merindukan ukhuwah persaudaraan, keadilan dan
kesahajaan Ali, Utsman, Umar, dan Abu Bakar. Status kaya-miskin mulai
terlihat jelas, posisi pejabat-rakyat mulai terasa. Kafir dhimni pun
mengeluhkan resahnya, “Sesungguhnya kami merindukan Umar, dia datang ke
sini menanyakan kabar dan bisnis kami. Dia tanyakan juga apakah ada
hukum-hukumnya yang merugikan kami. Kami ikhlas membayar pajak berapapun
yang dia minta. Sekarang, kami membayar pajak karena takut.”
Kemudian
Muawiyah membaiat anaknya Yazid bin Muawiyah menjadi penggantinya.
Tindakan Muawiyah ini adalah awal malapetaka dinasti Umayyah yang dia
buat sendiri. Yazid bukanlah seorang amir yang semestinya. Kezaliman
dilegalkan dan tindakannya yang paling disesali adalah membunuh
sahabat-sahabat Rasul serta cucunya Husein bin Ali bin Abi Thalib. Yazid
mati menggenaskan tiga hari setelah dia membunuh Husein.
Akan
tetapi, putra Yazid, Muawiyah bin Yazid, adalah seorang ahli ibadah.
Dia menyadari kesalahan kakeknya dan ayahnya dan menolak menggantikan
ayahnya. Dia memilih pergi dan singgasana dinasti Umayah kosong.
Terjadilah rebutan kekuasaan dikalangan bani Umayah. Abdullah bin
Zubeir, seorang sahabat utama Rasulullah dicalonkan untuk menjadi amirul
mukminin. Namun, kelicikan mengantarkan Marwan bin Hakam, bani Umayah
dari keluarga Hakam, untuk mengisi posisi kosong itu dan meneruskan
sistem dinasti. Marwan bin Hakam memimpin selama sepuluh tahun lebih dan
lebih zalim daripada Yazid.
Kelahiran Umar bin Abdul Aziz Saat
itu, Ummi Ashim menikah dengan Abdul Aziz bin Marwan. Abdul Aziz adalah
Gubernur Mesir di era khalifah Abdul Malik bin Marwan (685 – 705 M)
yang merupakan kakaknya. Abdul Mallik bin Marwan adalah seorang shaleh,
ahli fiqh dan tafsir, serta raja yang baik terlepas dari permasalahan
ummat yang diwarisi oleh ayahnya (Marwan bin Hakam) saat itu.
Dari perkawinan itu, lahirlah Umar bin Abdul Aziz. Beliau dilahirkan di Halawan, kampung yang terletak di Mesir, pada tahun 61 Hijrah. Umar
kecil hidup dalam lingkungan istana dan mewah. Saat masih kecil Umar
mendapat kecelakaan. Tanpa sengaja seekor kuda jantan menendangnya
sehingga keningnya robek hingga tulang keningnya terlihat. Semua orang
panik dan menangis, kecuali Abdul Aziz seketika tersentak dan tersenyum.
Seraya mengobati luka Umar kecil, dia berujar,
“
Bergembiralah
engkau wahai Ummi Ashim. Mimpi Umar bin Khattab insyaallah terwujud,
dialah anak dari keturunan Umayyah yang akan memperbaiki bangsa ini.“
Umar
bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil. Beliau sentiasa
berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar
di dalam bidang fikih dan juga ulama-ulama. Beliau telah menghafaz
al-Quran sejak masih kecil. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu
pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt
Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b.
Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan
beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Semasa Khalifah Walid bin Abdul
Malik memerintah, beliau memegang jawatan gabernur Madinah/Hijaz dan
berjaya mentadbir wilayah itu dengan baik. Ketika itu usianya lebih
kurang 28 tahun. Pada zaman Sulaiman bin Abdul Malik memerintah, beliau
dilantik menjadi menteri kanan dan penasihat utama khalifah. Pada masa
itu usianya 33 tahun.
Umar bin Abdul Aziz mempersunting Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan sebagai istrinya. Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan adalah putri dari khalifah Abdul
Malik bin Marwan. Demikian juga, keempat saudaranya pun semua khalifah,
yaitu Al Walid Sulaiman, Al Yazid, dan Hisyam. Ketika Fatimah dipinang
untuk Umar bin Abdul Aziz, pada waktu itu Umar masih layaknya orang
kebanyakan bukan sebagai calon pemangku jabatan khalifah.
Pengangkatan Umar bin Abdul Aziz sebagai Khalifah
Atas wasiat yang dikeluarkan oleh khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah pada usianya 37 tahun. Beliau
dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik
tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau
memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang.
Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila
mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas
beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi
s.a.w kemudian beliau berkata:
“Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini
tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga
permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat
Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan
pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda”.
Tiba-tiba orang ramai serentak berkata:
“Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda
kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan
keberkatan”.
Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada
kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian
beliau berkata pula kepada mereka: “Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa
yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat
kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian
umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di
dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah
sesiapa mentaati aku”. Setelah itu beliau turun dari mimbar.
Umar
rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama
kemudian beliau berkata kepada mereka: “Aku menghimpunkan kamu semua
untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan
yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga
aku?” Lalu mereka menjawab: “Wahai Amirul Mukminin! perkara tersebut
berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut
ditanggung oleh orang yang mencerobohnya.” Walau bagaimanapun Umar tidak
puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat
daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik
yang berkata kepada beliau: “Aku berpendapat bahawa ia hendaklah
dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya
kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama
dengan orang yang mengambilnya secara zalim.” Umar berpuas hati
mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan
yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.
Sesudah Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah dan Amirul
Mukminin, Umar langsung mengajukan pilihan kepada Fatimah, isteri
tercinta.
Umar berkata kepadanya, “Isteriku sayang, aku harap engkau memilih satu di antar dua.”
Fatimah bertanya kepada suaminya, “Memilih apa, kakanda?”
Umar
bin Abdul Azz menerangkan, “Memilih antara perhiasan emas berlian yang
kau pakai dengan Umar bin Abdul Aziz yang mendampingimu.”
Kata Fatimah, “Demi Allah, Aku tidak memilih pendamping lebih mulia daripadamu, ya Amirul Mukminin. Inilah emas permata dan seluruh perhiasanku.”
Kemudian Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima semua perhiasan itu dan
menyerahkannya ke Baitulmal, kas Negara kaum muslimin. Sementara Umar
bin Abdul Aziz dan keluarganya makan makanan rakyat biasa, yaitu roti
dan garam sedikit.
Setelah menjadi khalifah, beliau
mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem feodal. Di
antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1)
menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya
yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa
potongan ayat suci al-Quran
2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
3) memecat pegawai-pegawai yang tidak
cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik
atas pengaruh keluarga Khalifah
4) menghapuskan pegawai pribadi bagi
Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini
membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan
tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan
askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
Selain daripada itu, beliau amat menitilberatkan tentang kebajikan
rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga
ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya
yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah
memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan
masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana
yang berlaku di zaman Rasulullah
SAW
dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu
Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith
Raulullah
SAW. Beliau juga meriwayatkan hadis dari sejumlah tabiin lain dan banyak pula ulama hadis yang meriwayatkan hadis daripada beliau.
Dalam
bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya
menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa
Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari
oleh umat Islam.
Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10
orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang
pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk
mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah
menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan
Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah
menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau ingin
semua rakyat dilayani dengan adil tidak memandang keturunan dan pangkat
supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau
perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman kakeknya, Khalifah Umar
Al-Khatab.
Pada
masa pemerintahan beliau, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada
pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat
layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh
dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat.
Rakyat umumnya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya mau berdikari
sendiri. Pada
zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz ra, pasukan kaum muslimin sudah
mencapai pintu kota Paris di sebelah barat dan negeri Cina di sebelah
timur. Pada waktu itu kekausaan pemerintahan di Portugal dan Spanyol
berada di bawah kekuasaannya.
Kematian beliau Beliau wafat pada tahun 101 Hijrah ketika berusia 39 tahun. Beliau memerintah hanya selama 2 tahun 5 bulan saja. Setelah beliau wafat, kekhalifahan digantikan oleh iparnya, Yazid bin Abdul Malik.
Muhammad
bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: “Kamu telah
sedia maklum bahwa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan
tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul
Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau
satu umat yang berasingan.”
Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :
1)
At-Tirmizi meriwayatkan bahwa Umar Al-Khatab telah berkata : “Dari
anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi
keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan”
2)
Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : “Aku tidak
pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah
SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah
SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah”
3)
Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan
telah berkata : “Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam
mimpiku yang berbunyi : “Jika seorang yang berani dari Bani Marwan
dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia
adalah pemimpin yang adil”.” Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b.
Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah
kepadanya”.
4)
Qais bin Jabir berkata : “Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani
Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun”
5)
Hassan al-Qishab telah berkata :”Aku melihat serigala diternak bersama
dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz”
6)
Umar b Asid telah berkata :”Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal
dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan
lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :”Ambillah hartaku ini
sebanyak mana yang kamu mahu”. Tetapi tiada yang mahu menerimanya
(kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan
rakyatnya kaya-raya”
7)
‘Atha’ telah berkata : “Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha’
setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain
tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana
takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka.”
Wallahu a’lam…
sumber:
http://cafe.degromiest.nl/node/260
http://permai1.tripod.com/umaraziz.html
http://kotasantri.com/galeria.php?aksi=DetailArtikel&artid=120
http://www.kisah.web.id/tokoh-islam/umar-bin-abdul-aziz-ra-61-101-h.html